Malaysia Tanah Air Ku

Saturday, August 31, 2013

Kasi Tabik Sama Abg Botak!!! A.Samad Said Terkejut BERUK!!!


Lelaki tersebut yang bertindak ketika Sasterawan Negara, A.Samad Said sedang menyampaikan ucapan sempat memberi peringatan kepada para penyokong pembangkang bahawa Jalur Gemilang merupakan bendera yang menjadi mercu tanda rakyat di Negara ini.

Berikut video berkaitan lelaki tersebut merampas bendera daripada penyokong pembangkang :


Syabas saya puji dan amat berbangga Abg Botak ini, macam inilah rakyat malaysia bermaruah menpertahankan dan maruah bendera.

Malaysia negara ku berdaulat.

Wednesday, August 28, 2013

Logo Kemerdekaan Pula Yang DIHINA #Merdeka56


 Tindakan Zunar melukis kartun sebegini melambangkan pemikiran pembangkang yang tidak rasional dalam berpolitik di negara ini. Logo kemerdekaan negara pun dijadikan bahan politik.

 Sudah tidak ada modal lagi nampaknya pembangkang ini. Malaysiakini pun sudah kering modal. Elok tarik balik penghinaan yang dibuat sebegini terhadap logo kemerdekaan negara.

Hormatilah hari kemerdekaan negara. Tidak wajar semua benda hendak dipolitikkan.

Tuesday, August 27, 2013

Najib Jamin Semua Negara Kongsi Tanggungjawab Menjaga Keamanan


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menggesa semua negara berkongsi tanggungjawab bersama bagi memastikan masa depan yang lebih baik dan keamanan yang berkekalan.

Beliau berkata masyarakat antarabangsa mungkin menghadapi cabaran terbesar: keamanan bukan sahaja semasa zaman ini tetapi keamanan untuk sepanjang masa.

"Ia adalah cabaran yang perlu dihadapi secara kolektif. Adalah penting agar kita mencapai keamanan yang berasaskan kepada perjanjian yang disanggupi bukan sesuatu yang dikuatkuasakan oleh hegemoni atau diperoleh melalui paksaan.

"Keamanan hanya boleh dicapai jika kita bersedia melibatkan satu sama lain secara konstruktif, untuk menggantikan dialog sebagai ganti kepada konflik," katanya pada majlis Anugerah Mahathir untuk Keamanan Global di sini.

Najib berkata semangat inilah yang memberi inspirasi kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang berdiri teguh menentang peperangan.

"Bercakap pada persidangan di seluruh dunia, beliau (Dr Mahathir) bekerja tanpa mengenal penat bagi membawa satu mesej mudah - perang tidak sepatutnya menjadi laluan pilihan kepada keamanan," katanya.

Najib berkata anugerah itu adalah satu lagi demonstrasi komitmen peribadi Dr Mahathir yang mendalam kepada perjuangan ini.

"Jarang berlaku seorang pemimpin negara bangkit menjadi ikon global. Masih jarang berlaku mereka masih berbuat demikian dengan belas kasihan bukan melalui penaklukan.

"Hanya segelintir yang mendapat pengiktirafan sedemikian di mana mereka bukan setakat dikenali rakyat mereka sendiri tetapi juga di seluruh dunia, dikenali bukan kerana gelaran mereka tetapi dengan hanya satu nama," katanya.

Najib kemudiannya menyampaikan anugerah orang yang berkempen seumur hidup bagi keamanan Global kepada Dr Mahathir bagi Anugerah Mahathir bagi Keamanan Global.

Anugerah Mahathir bagi Keamananan Global adalah anugerah keamanan antarabangsa yang disumbangkan Yayasan Keamanan Global Mahathir yang ditubuhkan bagi menyumbang kepada usaha keamanan di seluruh dunia. - BERNAMA
 

Monday, August 26, 2013

REJIMEN ANARKI MENGHINA SULTAN !!! BIADAP PUNYA MANUSIA !!!

  

Satu lagi penghinaan terhadap institusi sultan dan raja. biadap punya rakyat!!! 

saya yakin gerakan terancang ini tidak hanya tertumpu kepada individu pentaksub PAS ini sahaja,malah gerakan MENGHAPUSKAN INSTITUSI SULTAN DAN RAJA ini dijalankan secara sistematik dengan melakukan 'character assasination' terhadap para Sultan.anda nak lagi gambar.lihat di bawah
 


 
Kepada Datuk Seri Shabery Cheek saya minta tolong siasat puak-puak PR yang suka menghina Raja ini.tolong cari sampai lubang cacing.kalau tidak,jangan terkejut pulak kalau mereka ni jatuhkan negara dengan membuat macam-macam lagi hal sekiranya semua ini berleluasa.

Wednesday, August 21, 2013

AMARAN POLIS KEPADA GENG KONGSI GELAP!!!


Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi hari ini menggesa anggota kongsi gelap supaya berhenti daripada mempertikai tindakan polis membanteras kegiatan jenayah berat dan memprovokasi kes tembak terhadap lima penjenayah di sini Isnin lepas. 

Beliau berkata polis telah mengenal pasti beberapa identiti anggota kongsi gelap yang bertindak mempamerkan kain rentang yang tertera logo kongsi gelap ketika upacara pengkebumian lima lelaki terbabit semalam.

"Kita memperoleh maklumat melalui risikan yang dilakukan termasuk rakaman video ketika mereka mangadakan perarakan semasa pengkebumian itu.

"Selain itu kita juga menerima beberapa laporan berkaitan perarakan terbabit dan tindakan lanjut akan diambil mengikut Seksyen 42 Akta Pertubuhan 1966," katanya kepada pemberita selepas mengadakan operasi Ops Cantas Khas di Lebuh Farquhar di sini hari ini.

Semalam tiga daripada mayat penjenayah berkenaan dibawa berarak dalam upacara besar-besaran dengan paluan gendang dan letupan mercun melalui Jalan Yeap Chor Ee, Jalan Bukit Gambir dan Jalan Tun Dr Awang sebelum dibakar di Krematorium Batu Gantung di sini manakala dua lagi upacara dilakukan di Jalan Siram, Butterworth.

Mengulas mengenai Ops Cantas hari ini, Abdul Rahim berkata operasi itu melibatkan penyertaan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah negeri dan mereka ditempatkan di 12 lokasi di negeri ini. 


Katanya polis akan menahan suspek yang disyaki terbabit dalam jenayah berat termasuk individu yang pernah ditahan dibawah Ordinan Darurat dan setiap anggota polis dilengkapi pakaian khas sebagai persediaan menghadapi apa jua bentuk ancaman.

Beliau berkata sejak operasi itu dilaksanakan Sabtu lalu, seramai 16 lelaki telah ditahan melibatkan pelbagai kesalahan berat di seluruh negeri ini dan mereka kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Akta Pencegahan Jenayah. - BERNAMA

Tuesday, August 20, 2013

DAP Cuba Jadi WIra !!!


YANG PELIKNYA:

DAP cuba jadi wira kepada kelima2 penjenayah ini dgn cara:
1. Suruh kaum india dan ahli keluarga penjahat yg mati berhimpun dan tunjuk tak puas hati pada polis.
2. Mengajar/draf laporan polis mandakwa polis bertindak kejam.
3. Menyeru orang2 india keluar beramai2 ikut mayat penjenayah tersebut dan jadi kan mereka sebagai WIRA.
4. Menggesa ngo lain termasuk bar council/suhakam/hindraf kutuk polis.

FAKTA:
1. Yang mati tu penjenayah...so adakah ini ahli pd persatuan penjenayah terbesar di Malaysia yg sibuk2 simpati.
2. Yb rayes di penang yg ajar keluarga penjenayah buat repot polis tak puas hati. Dia ni siapa?? Ketua gengster ke 04 jugak ke or 36 or 08 india.
3. Polis lambat ambil tindakan bising tapi bila polis menyabung nyawa berbalas tembak tetiba tim menteri ketua hindraf/wakil2 rakyat Dap dan Pakatan muncul dengan gaya seorang hero utk tunjuk simpati pada penjenayah dan kata polis pula brutal.

APA NI!!!! INI MALAYSIA LA ...kita tak terima kongsi gelap di sini dan ahli politik yg dapat undi dari penjenayah dan pembunuh.

SAMA2 LA BERGANDING BAHU DGN PASUKAN KESELAMATAN JAGA NEGARA. Bukan nya bela anjing kamu untuk gigit polis dan orang malaysia tak berdosa.
AHLI POLITIK MACAM NI LA BAPAK SEGALA KEJAHATAN SEBENARNYA.

Fikir2 kan lan wahai rakyat MALAYSIA yg cinta keamanan tak kira la MELAYU/CINA/INDIA dan lain.

Bersama bantu PDRM utk menjaga keamanan kita!!!!

SUMBER

Monday, August 19, 2013

Najib Mahu Kombinasi Lama , Baru Dalam Pemilihan Umno



PUTRAJAYA 19 Ogos - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap pemilihan pucuk pimpinan Umno pada Oktober ini akan menampilkan kombinasi barisan pemimpin berpengalaman dan muka baru.

Presiden Umno itu berkata satu suasana telah diwujudkan iaitu mana-mana anggota parti bebas bertanding dengan memenuhi syarat yang ditetapkan berdasarkan perlembagaan baharu parti.

"Kita tak ada apa-apa saranan dibuat sebenarnya (pada pemilihan parti). Kita perlu (pemimpin) yang berpengalaman dalam Umno, di samping itu, kita perlu juga ada bakat-bakat baharu dalam Umno. Kalau kita sekat bakat-bakat baharu daripada muncul, maka kita akan menghadapi kesukaran nanti terutama untuk memilih calon-calon yang berwibawa bila sampai pada masanya.

"Umno adalah sebuah parti demokratik. Kita perlu ambil kira perasaan anggota-anggota parti jika parti mahukan kesinambungan dan kestabilan. Itulah pandangan anggota parti. Pada masa sama perlu ada keseimbangan antara kesinambungan dan keperluan membawa masuk bakat baharu dalam parti di semua peringkat," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas keputusan beberapa pemimpin Umno tidak bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno pada pemilihan parti Oktober ini.

Najib juga melahirkan penghargaan kepada pemimpin-pemimpin yang memberi laluan kepada orang lain untuk bertanding dan juga kepada mereka yang menawarkan diri untuk bertanding kerana mahu menyumbang kepada kepimpinan Umno di peringkat tertentu.

Antara pemimpin Umno yang memutuskan tidak bertanding jawatan MT ialah Ketua Umno Bahagian Johor Baharu, Tan Sri Shahrir Abdul Samad; Menteri Besar Perak yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.