Malaysia Tanah Air Ku

Sunday, September 15, 2013

DAULATNYA MALAYSIA. CHIN PENG MATI DI HARI MALAYSIA!!!



Hari ini Hari Malaysia. Hari ini juga ulangtahun ke-6 hari Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri Malaysia dalam angan-angan. Hari ini juga, para pecacai yang buta kayu mempertikaikan tarikh sebenar kemerdekaan Malaysia.

Namun hari ini, tiada tarikh dan momen yang paling indah, paling bahagia dan paling menyeronokkan selain daripada KEMATIAN ONG BOON HUA, a.k.a CHIN PENG, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya. Berita kematian komunis tua berusia 90 tahun di Bangkok itu, telah disiarkan oleh media negara tersebut pagi tadi.

Komunis tua yang dilahirkan di Sitiawan daripada pasangan suami isteri pendatang China pada 21 Oktober 1924 itu, tidak pernah menjadi rakyat Malaysia dan tidak pernah menjadi pemegang kad pengenalan negara ini.

Beberapa cubaan telah dibuat oleh banyak pihak terutama sekali DAP agar Chin Peng dibenarkan masuk dan tinggal di negara ini. Kononnya, Chin Peng sudah tidak merbahaya kepada negara ini lagi. Kononnya komunis tua yang telah membunuh puluhan ribu rakyat Malaysia semenjak zaman darurat dan sebelum kemerdekaan, telah meninggalkan kekejamannya.

Bermacam-macam alasan yang diberikan untuk mewajarkan komunis tua itu dibawa masuk ke dalam negara ini. Walaupun sudah berulang-ulang kali ditegaskan bahawa komunis tua itu sekadar meletak senjata tetapi tidak pernah membuang fahamannya, para penyokongnya terutama sekali para pemimpin DAP yang terdesak mahukan pengiktirafan dan sokongan daripada anggota serta ahli keluarga komunis yang masih ramai serta bersepah-sepah di negara ini.

Chin Peng masih mempunyai sanak saudara dan ahli keluarga di tempat kelahirannya, di Sitiawan. Setakat ini, sanak saudara komunis tua itu tidak pernah menyatakan keinginan mereka untuk membawa pulang Chin Peng, tetapi keinginan berkenaan disuarakan menerusi pemimpin-pemimpin politik yang menentang UMNO dan Barisan Nasional.

Ia samalah seperti pada zaman darurat apabila mayat-mayat komunis dipamerkan di hadapan balai polis, ahli-ahli keluarga datang melawat dan mereka hanya menangis tetapi tidak mengaku itu adalah saudara mara mereka.

Kita menunggu permohonan dan tuntutan serta desakan daripada puak-puak yang bersimpati dengan komunis tua itu bersuara. Yang pasti, kematian Chin Peng pada Hari Malaysia, TERLALU AMAT MEMBAHAGIAKAN walaupun hakikatnya, fahaman komunis tidak pernah mati, bahkan makin subur dalam persekitaran yang lebih moden dan lebih halus dakyahnya!!!

SUMBER

No comments:

Post a Comment