Malaysia Tanah Air Ku

Friday, October 4, 2013

LGE KECUT TELOQ !!! TAHNIAH WANITA UMNO !!!


Hahaha .. 
 
 

Lim Guan Eng akui kekuatan jentera Wanita UMNO  


Tahniah Dato Sri Shahrizat

Lim Guan Eng Mengakui kekuatan UMNO diterajui Oleh IBU iaitu dalam kalangan Wanita UMNO.
Syabas diucapkan kepada Wanita UMNO !!!

Tuesday, October 1, 2013

UNTUNG BERSAMA BAJET 2014 BELANJAWAN UNTUK SEMUA !!


Putrajaya - Belanjawan 2014 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 25 Oktober ini akan memberi penekanan kepada pertumbuhan ekonomi negara.

"Ia akan menjadi belanjawan yang menyokong pertumbuhan, jadi penjawat awam sebagai rakyat juga akan menikmatinya (faedahnya)," kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa.

Ditanya sekiranya soal gaji, kemudahan dan elaun untuk penjawat awam akan turut diumum dalam belanjawan ini, Ali berkata, perkara itu tidak timbul kerana kerajaan telah mengumumkan kenaikan gaji tahunan dua kali buat penjawat awam tahun ini, selain menetapkan kenaikan gaji automatik sekurang-kurangnya tiga peratus kepada mereka yang telah mencapai gaji maksimum.

Selain itu, menurutnya, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang membuat kajian semula 86 elaun dalam pelbagai skim perkhidmatan awam, sebagaimana yang telah diumumkan pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 Mac lepas.

"Keputusan kajian itu akan diumumkan bulan Disember nanti sebagaimana yang ditetapkan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan sambutan Hari Inovasi Jabatan Perdana Menteri 2013 di sini hari ini.

Terdahulu, dalam ucapannya, Ali berkata, Hari Inovasi diadakan khusus untuk memartabatkan budaya inovasi dalam sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Beliau berkata, Konsep Merakyatkan Perkhidmatan Awam (MPA) diwujudkan bagi membolehkan penyampaian perkhidmatan dibuat dengan cepat, tepat dan berintegriti untuk rakyat.

"Sebagai penjawat awam, kita perlu mempraktikkan enam prinsip MPA yang menjadi sebahagian daripada budaya inovasi kerja iaitu bersikap terbuka dalam menerima maklum balas rakyat, rajin turun padang, bermusyawarah dengan pelanggan, mengukuhkan aspek insaniah, aspek kekitaan di kalangan penjawat awam, dan mewujudkan kerjasama strategik antara pihak awam, swasta dan badan bukan kerajaan," katanya. - BERNAMA

Wednesday, September 25, 2013

LUAHAN SITI HAJAR KEPADA PM . JOM BACA !!!


Assalamualaikum Dato’ seri.. Tujuan saya menulis surat ini adalah sebagai seorang anak Malaysia yang ingin negaranya membangun dan mengurangkan kemiskinan di negara sendiri.. Beberapa isu ingin saya ketengahkan kepada Dato’ Seri dan saya berharap apa yang saya perkatakan ini memberi idea dan impak kepada semua rakyat Malaysia. Saya menulis surat ini adalah sifat keberanian dalam diri saya dimana saya ingin menjadikan Malaysia ini sebuah Negara Membangun Pesat bukan Negara Yang Sedang Membangun.


Sejak akhir-akhir ini isu minyak diperkatakan. Ada yang mengatakan negara-negara jiran kita lebih mahal minyak jika dibandingkan di Malaysia. Ya. Saya setuju tentang kenyataan itu tetapi idea untuk menaikkan harga minyak adalah sesuatu yang memang terang lagi bersuluh bukan idea yang bijak. Jika hari ini kerajaan telah menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen, ia bukan sekadar memberi impak kepada golongan muda sahaja tetapi juga golongan miskin dan juga seluruh rakyat Malaysia. Hari pertama harga minyak naik, food court ditempat kerja saya menaikkan harta roti sebanyak 30 sen. Lihat! Impak terhadap kenaikan minyak. Tetapi jika satu hari nanti harga minyak turun walaupun sebanyak 50 sen sekalipun, harga roti yang naik 30 sen ketika harga minyak naik akan kekal sama dan tiada pengurangan. Mungkin ianya kecil pada mata orang-orang yang kaya nilai 20 sen itu tetapi ia cukup berharga kepada kami yang baru sahaja memulakan kehidupan.


Perjalanan hidup saya masih jauh. Umur baru 27 tahun.Belum berkahwin. Tetapi saya dah rasakan bebanan yang saya akan hadapi untuk 10 tahun akan datang. Bagaimana pula sahabat-sahabat saya yang sebaya dengan saya, yang telah berumahtangga? Pasti mereka lebih terbeban akibat krisis kenaikan harga minyak. Boleh dikatakan golongan muda belia ini sangat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan Negara pada masa akan datang, tetapi saya tidak nampak bagaimana kami mampu memajukan Negara sedangkan saya sendiri rasa ianya satu penindasan ke atas kami. Apa yang dikatakan penindasan?...
 
Artikel selanjutnya KLIK SINI

Tuesday, September 24, 2013

KARPAL KENA BANTAI KAW KAW !! HAHA !!


Ini ironiknya dikalangan pemimpin Pakatan Haramjadah ni. Apa yang diorang buat ternyata berbeza dengan realiti sebenarnya. Macam orang mimpi disiang hari.

Sebelum ini, Si Ketua Penipu tu buat permohonan rayuan dimahkamah untuk menggugurkan Peguam Pendakwa bagi kes liwat dia terhadap Saiful.

Katanya, peguam Mohamad Shafee Abdullah tu ada kepentingan sendiri dalam kes berkenaan kerana pernah dimasukkan dalam senarai saksi.

Dengan menggunakan alasan itulah SI Ketua Penipu tu nak gugurkan nama peguam terhebat tu dari barisan pendakwa supaya kes dia tak sangkut.

Yang herannya, kenapa tak de orang buat komplen pasal Si Karpal tu pulak sedangkan Si Karpal tu sebelum ni pernah menuduh Si Ketua Penipu tu meliwat?

Malah, Si Karpal tu sendiri pernah jadi peguam pendakwa terhadap Si Ketua Penipu tu pada tahun 1998 dulu. Kenapa yang itu tak de orang nak pertikaikan?

Sebabnya mudah beb. Dulu Si Karpal tu buat macam tu sebab dia ada kepentingan Politik. Sekarang pun tak de bezanya jugak. Dia bertindak atas kepentingan Politik juga.

Maka sebab itulah Si Karpal ni sanggup jilat ludah dan kahak hijau yang dia dah luahkan dulu semata - mata untuk terus kekal relevan. Kalau tidak, kirim salam je la.

Dan atas sebab itu jugak la Si Karpal tu dibogelkan kembali dalam Dewan Rakyat hari ni. Dasar orang kuat menipu memang patut kena macam tu. Baru la dia tau betapa besarnya Kemaluan dia depan orang ramai!!!

Dah la berkerusi roda sedar-sedar la diri tu dah cacat. HAHAHA !!  Thanks SEMUT HITAM

Artikel selanjutnya KLIK SINI

DEDAH !!! KASI DEDAH !!! PENDEDAHAN DARIPADA ANAK BUAH DAP !!!


 Penipuan demi penipuan dari ' DINASTI LIM' akan dibongkarkan.Berikut artikel yang diambil
KLIK SINI

BERMULANYA HARI KEBINASAAN DAP

Hari ini saya akan terus menulis berkenaan dua orang suruhan setia Dinasti Lim dan permulaan kebinasaan kepada DAP.

Sebaik sahaja calon-calon yang menang dalam pemilihan CEC diumumkan, Lim Guan Eng dengan segera memanggil mesyuarat CEC yang pertama. Di mana dalam mesyuarat itu Lim Guan Eng sekali lagi dipilih oleh ahli CEC sebagai Setiausaha Agung.

Mesyuarat berkenaan turut dihadiri oleh Vincent Wu iaitu calon yang menang di tangga ke 6. Kenapa perlu saya timbulkan nama Vincet Wu akan saya jelaskan nanti.
Selepas selesai Kongres Kebangsaan tersebut keadaan menjadi kecoh apabila pihak media dan orang ramai mempertikaikan ketiadaan seorang pun wakil kaum melayu dalam CEC. Ianya mengesahkan dakwaan sebelum itu bahawa DAP adalah sebuah parti chauvinis cina.

PAS dan PKR juga turut tertekan keputusan itu. Mereka juga turut memberi tekanan kepada DAP jika isu itu dibiarkan berterusan ianya bakal menyusahkan mereka mendapat sokongan kaum melayu dalam pilihanraya umum ke 13.

Tekanan yang berterusan diterima selama bermingu-mingu membuatkan Lim Guan Eng tidak tahan. Akhirnya Lim Guan Eng memanggil dua orang suruhannya, Tony Pua dan Anthony Loke untuk melakukan sesuatu bagi memastikan wakil kaum melayu berada dalam CEC.

Apabila tugas itu diserahkan kepada dua orang tersebut Lim Guan Eng berfikiran semuanya akan selesai dengan mudah kerana dua orang itu sering digambarkan sebagai pakar strategi yang paling hebat. Sebaliknya dua orang itu membawa kebinasaan yang jauh lebih besar kepada DAP.

Apa kebinasaan yang mereka buat saya akan kongsikan dengan anda dalam dalam siri akan datang.

 "I will share with you the dooms that these two servants of Lim Guan Eng have made which lead to a disastrous future for DAP in the next chapter…….. " petikan dari penulis thedapinsider...

Wednesday, September 18, 2013

GELAP MASA DEPAN PAS ??? ULAMA DIABAIKAN ??? JOM BACA !!


 AMAT menarik untuk kita terus memerhati apa yang berlaku dalam Pas sekarang terutama berkaitan isu resolusi ulama yang mahu parti itu mengkaji semula tahaaluf siyaasi dengan DAP dan PKR. Hal tahaaluf siyaasi bukan perkara baru dalam Pas. Dan tidak melampau jika dikata, itulah juga perkaranya yang jadi kebimbangan majoriti senyap dalam parti terutama akar umbi yang tidak ada apa-apa kepentingan.

Manakala Datuk Harun Taib pula - yang teruk diserang sesetengah pihak selepas multaqa yang memutuskan resolusi itu - memangnya diketahui sering bersikap lantang terhadap pemimpin DAP, terutama Karpal Singh. Bukan sekali dua Datuk Seri Abdul Hadi Awang terpaksa menenangkan keadaan dengan memberi alasan bahawa kenyataan Harun semata-mata pendapat peribadinya, bukan pendirian parti selepas ketua ulama itu menegur Karpal terutama dalam isu yang berkaitan dengan negara Islam dan kalimah ALLAH.

Umum mengetahui bahawa hubungan Hadi dengan Harun sangat rapat. Namun demi mengekalkan keyakinan DAP dan PKR terhadap Pas, Hadi terpaksa untuk tidak berpihak kepada Harun. Bukan sekali, bukan dua. Namun Harun tetap tidak berkurang juga lantangnya menegur pemimpin DAP. Kemuncaknya adalah kelmarin apabila dalam multaqa ulama di Alor Setar, Harun secara berterus terang meminta tahaaluf siyaasi dikaji semula. Pandangannya itu kemudian diangkat menjadi resolusi. Lagi sekali Harun menghantar rakan karibnya, Abdul Hadi ke penjuru dilema!

Soalnya, apakah perkara yang disuarakan Harun itu salah ataupun disuarakan secara salah?

Satu aspek yang penting dalam dunia ilmu cara Islam ialah berhujah di atas fakta. Itulah sebabnya perlu kajian untuk mengenal pasti keberuntungan atau kerugian yang mungkin berlaku pada Pas dalam perjuangannya mendaulatkan Islam. Kita tahu bahawa antara keharusan tahaaluf siyaasi ialah Islam mesti dominan, dan mungkin Harun juga kalangan ulama yang bermultaqa di Alor Setar tempoh hari berasa ragu akan hal ini lalu minta dikaji. Harun sebaliknya dihentam dan cara begini tidak mengikut disiplin ilmu apabila berlaku percanggahan pendapat.

Kita bimbang jika itu tandanya bahawa dalam Pas sudah hilang rasa hormat kepada ulama.


Meskipun mungkin mudah bagi mereka yang menentang Harun untuk menjawab bahawa tanggapan itu bukan meliputi semua ulama dalam Pas melainkan hanya yang cuba mengusik hubungan dengan DAP dan PKR sahaja, namun tertanya-tanya juga oleh kita, apa mungkin orang Pas hari ini lebih kasihkan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng berbanding ulama?

Apakah pengaruh kedua-duanya itu lebih kuat mencengkam dalam Pas berbanding ulama yang pernah ditatang tinggi oleh ahli Pas selama ini?

Pada penghujung 1980-an, seorang pemimpin Pas Kedah, Abdul Wahab Abdul Rahman, pernah dikritik hebat oleh ahli dan pemimpin Pas dari serata negeri hanya kerana aksinya yang mengangkat tangan dan menuding jari ketika membahaskan satu usul dalam muktamar - barang kali disebabkan kebiasaannya sebagai seorang guru - yang menurut para pengkritik adalah peri laku biadab yang tidak seharusnya dilakukan di hadapan pemimpin-pemimpin parti yang rata-ratanya adalah para ulama. Namun itu dulu.

Apakah kini ulama sudah boleh diperlakukan lebih daripada itu? Dikutuk, dimaki sudah tidak jadi kesalahan pada era tahaaluf siyaasi?

Pemuda di bawah kepimpinan Cikgu Pa (Datuk Mustafa Ali) mengetepikan Datuk Asri Muda untuk memberi tempat kepada golongan ulama. Tercatat dalam sejarah bahawa pada muktamar 22 Oktober 1982 itulah, Pemuda Pas telah mengemukakan usul menolak ucapan dasar Yang Dipertua (Asri) dan menubuhkan Majlis Syura Ulama yang kemudian diluluskan oleh muktamar. Harun tidak melakukan apa-apa kesalahan. Beliau menyuarakan pendirian daripada persepsinya sebagai ulama yang mengetuai sayap yang diiktiraf dalam struktur organisasi Pas. Lebih daripada itu, apa yang disuarakannya itu juga adalah resolusi satu multaqa yang dihadiri oleh ulama-ulama Pas sendiri.

Apa mungkin Harun tersilap menilai kedudukan ulama dalam Pas hari ini?

Apakah ini tandanya kesan tarbiyah Anwari lebih kuat dalam kalangan orang muda Pas berbanding tarbiyah tarbawi oleh akademi Pemudanya? 

Jika demikian, apakah Pas boleh terus menaruh harap kepada generasi mudanya untuk terus memperjuangkan matlamat asasinya?

Barang kali atas sebab inilah Pas ketika era Ustaz Fadzil Noor telah meletakkan garis sempadan yang jelas dalam kerjasama dengan DAP. Pada PRU 1990, Pas secara rasmi bekerjasama dengan parti-parti politik Islam dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Kita bukan mahu menafikan apa yang disebut oleh Tok Guru Nik Aziz ketika mengulas isu itu yang berkata, Pas tidak rugi dalam permuafakatan dengan DAP mahupun PKR kerana kerjasama itu membolehkan banyak perkara mengenai Islam diperjelaskan kepada pemimpin bukan Islam daripada kedua-dua parti itu.

Namun untuk menghentam dan mengenepikan ketua ulama hanya kerana beliau minta dikaji semula hubungan dengan DAP dan PKR, sebenarnya ada kerisauan yang lebih besar dalam kepala kita terhadap masa depan Pas!

SUMBER

Sunday, September 15, 2013

DAULATNYA MALAYSIA. CHIN PENG MATI DI HARI MALAYSIA!!!



Hari ini Hari Malaysia. Hari ini juga ulangtahun ke-6 hari Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri Malaysia dalam angan-angan. Hari ini juga, para pecacai yang buta kayu mempertikaikan tarikh sebenar kemerdekaan Malaysia.

Namun hari ini, tiada tarikh dan momen yang paling indah, paling bahagia dan paling menyeronokkan selain daripada KEMATIAN ONG BOON HUA, a.k.a CHIN PENG, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya. Berita kematian komunis tua berusia 90 tahun di Bangkok itu, telah disiarkan oleh media negara tersebut pagi tadi.

Komunis tua yang dilahirkan di Sitiawan daripada pasangan suami isteri pendatang China pada 21 Oktober 1924 itu, tidak pernah menjadi rakyat Malaysia dan tidak pernah menjadi pemegang kad pengenalan negara ini.

Beberapa cubaan telah dibuat oleh banyak pihak terutama sekali DAP agar Chin Peng dibenarkan masuk dan tinggal di negara ini. Kononnya, Chin Peng sudah tidak merbahaya kepada negara ini lagi. Kononnya komunis tua yang telah membunuh puluhan ribu rakyat Malaysia semenjak zaman darurat dan sebelum kemerdekaan, telah meninggalkan kekejamannya.

Bermacam-macam alasan yang diberikan untuk mewajarkan komunis tua itu dibawa masuk ke dalam negara ini. Walaupun sudah berulang-ulang kali ditegaskan bahawa komunis tua itu sekadar meletak senjata tetapi tidak pernah membuang fahamannya, para penyokongnya terutama sekali para pemimpin DAP yang terdesak mahukan pengiktirafan dan sokongan daripada anggota serta ahli keluarga komunis yang masih ramai serta bersepah-sepah di negara ini.

Chin Peng masih mempunyai sanak saudara dan ahli keluarga di tempat kelahirannya, di Sitiawan. Setakat ini, sanak saudara komunis tua itu tidak pernah menyatakan keinginan mereka untuk membawa pulang Chin Peng, tetapi keinginan berkenaan disuarakan menerusi pemimpin-pemimpin politik yang menentang UMNO dan Barisan Nasional.

Ia samalah seperti pada zaman darurat apabila mayat-mayat komunis dipamerkan di hadapan balai polis, ahli-ahli keluarga datang melawat dan mereka hanya menangis tetapi tidak mengaku itu adalah saudara mara mereka.

Kita menunggu permohonan dan tuntutan serta desakan daripada puak-puak yang bersimpati dengan komunis tua itu bersuara. Yang pasti, kematian Chin Peng pada Hari Malaysia, TERLALU AMAT MEMBAHAGIAKAN walaupun hakikatnya, fahaman komunis tidak pernah mati, bahkan makin subur dalam persekitaran yang lebih moden dan lebih halus dakyahnya!!!

SUMBER

Thursday, September 12, 2013

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ke Parti Ajaran Sesat (PAS) ????


INIKAH PEMIMPIN PAS YANG KITA KENALI???


Apabila agama dipolitikkan ini lah jadi nya.. TG Hadi Awang apa dah jadi nii..


Nak mencari kuasa politik sampai Kalimah ALLAH dan nama tuhan mereka tukar, adakah ini Islamnya.. kata Ustaz Kazim Elias.


Kufur sesiapa benarkan Kalimah ALLAH diguna pakai oleh Bukan Islam.. kata Tuan Guru Ustaz Harun Din. 
Ustaz Harun Din tak setuju tapi kenapa Hadi Awang boleh pulak menyokong. Ada udang disebalik batu ke???

Seorang pemimpin kata lain seorang lagi kata lain... Hadi Awang ade belajar mazhad lain ke?
Hehe....

Tuesday, September 3, 2013

MANUSIA TAK BERTANGGUNGJAWAB!!!!

Semalam 02/09/2013 pada jam 06:17petang melibatkan sebuah kereta BMW dan sebuah motorsikal. Selepas melanggar motor yang ditunggangi seorang lelaki itu, individu yang memandu kereta BMW berwarna putih terus memecut melarikan diri tanpa berhenti dan melihat keadaan mangsa.


- BMW - WYJ 3255
- 135LC - WRB 8915

 
Identiti Suspek Pemandu BMW Langgar Lari :

Nama Pemilik: Sathiva a/l Kumarasamy
Nombor Kenderaan: WYJ 3255
Nombor Kad Pengenalan: 761121-05-5099
Alamat Rumah: No.5,Jalan Duta Emas, Anggerik 2,Persiaran Duta Emas, Kingston, Kuala Lumpur

Beginikah sikap pemandu - pemandu di Malaysia..??
Macam mana dapat lesen la mamat india ni. haihh.

Sama - samalah kita mengubahnya..
Anda mampu mengubahnya.

SUMBER

Saturday, August 31, 2013

Kasi Tabik Sama Abg Botak!!! A.Samad Said Terkejut BERUK!!!


Lelaki tersebut yang bertindak ketika Sasterawan Negara, A.Samad Said sedang menyampaikan ucapan sempat memberi peringatan kepada para penyokong pembangkang bahawa Jalur Gemilang merupakan bendera yang menjadi mercu tanda rakyat di Negara ini.

Berikut video berkaitan lelaki tersebut merampas bendera daripada penyokong pembangkang :


Syabas saya puji dan amat berbangga Abg Botak ini, macam inilah rakyat malaysia bermaruah menpertahankan dan maruah bendera.

Malaysia negara ku berdaulat.

Wednesday, August 28, 2013

Logo Kemerdekaan Pula Yang DIHINA #Merdeka56


 Tindakan Zunar melukis kartun sebegini melambangkan pemikiran pembangkang yang tidak rasional dalam berpolitik di negara ini. Logo kemerdekaan negara pun dijadikan bahan politik.

 Sudah tidak ada modal lagi nampaknya pembangkang ini. Malaysiakini pun sudah kering modal. Elok tarik balik penghinaan yang dibuat sebegini terhadap logo kemerdekaan negara.

Hormatilah hari kemerdekaan negara. Tidak wajar semua benda hendak dipolitikkan.

Tuesday, August 27, 2013

Najib Jamin Semua Negara Kongsi Tanggungjawab Menjaga Keamanan


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menggesa semua negara berkongsi tanggungjawab bersama bagi memastikan masa depan yang lebih baik dan keamanan yang berkekalan.

Beliau berkata masyarakat antarabangsa mungkin menghadapi cabaran terbesar: keamanan bukan sahaja semasa zaman ini tetapi keamanan untuk sepanjang masa.

"Ia adalah cabaran yang perlu dihadapi secara kolektif. Adalah penting agar kita mencapai keamanan yang berasaskan kepada perjanjian yang disanggupi bukan sesuatu yang dikuatkuasakan oleh hegemoni atau diperoleh melalui paksaan.

"Keamanan hanya boleh dicapai jika kita bersedia melibatkan satu sama lain secara konstruktif, untuk menggantikan dialog sebagai ganti kepada konflik," katanya pada majlis Anugerah Mahathir untuk Keamanan Global di sini.

Najib berkata semangat inilah yang memberi inspirasi kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang berdiri teguh menentang peperangan.

"Bercakap pada persidangan di seluruh dunia, beliau (Dr Mahathir) bekerja tanpa mengenal penat bagi membawa satu mesej mudah - perang tidak sepatutnya menjadi laluan pilihan kepada keamanan," katanya.

Najib berkata anugerah itu adalah satu lagi demonstrasi komitmen peribadi Dr Mahathir yang mendalam kepada perjuangan ini.

"Jarang berlaku seorang pemimpin negara bangkit menjadi ikon global. Masih jarang berlaku mereka masih berbuat demikian dengan belas kasihan bukan melalui penaklukan.

"Hanya segelintir yang mendapat pengiktirafan sedemikian di mana mereka bukan setakat dikenali rakyat mereka sendiri tetapi juga di seluruh dunia, dikenali bukan kerana gelaran mereka tetapi dengan hanya satu nama," katanya.

Najib kemudiannya menyampaikan anugerah orang yang berkempen seumur hidup bagi keamanan Global kepada Dr Mahathir bagi Anugerah Mahathir bagi Keamanan Global.

Anugerah Mahathir bagi Keamananan Global adalah anugerah keamanan antarabangsa yang disumbangkan Yayasan Keamanan Global Mahathir yang ditubuhkan bagi menyumbang kepada usaha keamanan di seluruh dunia. - BERNAMA
 

Monday, August 26, 2013

REJIMEN ANARKI MENGHINA SULTAN !!! BIADAP PUNYA MANUSIA !!!

  

Satu lagi penghinaan terhadap institusi sultan dan raja. biadap punya rakyat!!! 

saya yakin gerakan terancang ini tidak hanya tertumpu kepada individu pentaksub PAS ini sahaja,malah gerakan MENGHAPUSKAN INSTITUSI SULTAN DAN RAJA ini dijalankan secara sistematik dengan melakukan 'character assasination' terhadap para Sultan.anda nak lagi gambar.lihat di bawah
 


 
Kepada Datuk Seri Shabery Cheek saya minta tolong siasat puak-puak PR yang suka menghina Raja ini.tolong cari sampai lubang cacing.kalau tidak,jangan terkejut pulak kalau mereka ni jatuhkan negara dengan membuat macam-macam lagi hal sekiranya semua ini berleluasa.

Wednesday, August 21, 2013

AMARAN POLIS KEPADA GENG KONGSI GELAP!!!


Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi hari ini menggesa anggota kongsi gelap supaya berhenti daripada mempertikai tindakan polis membanteras kegiatan jenayah berat dan memprovokasi kes tembak terhadap lima penjenayah di sini Isnin lepas. 

Beliau berkata polis telah mengenal pasti beberapa identiti anggota kongsi gelap yang bertindak mempamerkan kain rentang yang tertera logo kongsi gelap ketika upacara pengkebumian lima lelaki terbabit semalam.

"Kita memperoleh maklumat melalui risikan yang dilakukan termasuk rakaman video ketika mereka mangadakan perarakan semasa pengkebumian itu.

"Selain itu kita juga menerima beberapa laporan berkaitan perarakan terbabit dan tindakan lanjut akan diambil mengikut Seksyen 42 Akta Pertubuhan 1966," katanya kepada pemberita selepas mengadakan operasi Ops Cantas Khas di Lebuh Farquhar di sini hari ini.

Semalam tiga daripada mayat penjenayah berkenaan dibawa berarak dalam upacara besar-besaran dengan paluan gendang dan letupan mercun melalui Jalan Yeap Chor Ee, Jalan Bukit Gambir dan Jalan Tun Dr Awang sebelum dibakar di Krematorium Batu Gantung di sini manakala dua lagi upacara dilakukan di Jalan Siram, Butterworth.

Mengulas mengenai Ops Cantas hari ini, Abdul Rahim berkata operasi itu melibatkan penyertaan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah negeri dan mereka ditempatkan di 12 lokasi di negeri ini. 


Katanya polis akan menahan suspek yang disyaki terbabit dalam jenayah berat termasuk individu yang pernah ditahan dibawah Ordinan Darurat dan setiap anggota polis dilengkapi pakaian khas sebagai persediaan menghadapi apa jua bentuk ancaman.

Beliau berkata sejak operasi itu dilaksanakan Sabtu lalu, seramai 16 lelaki telah ditahan melibatkan pelbagai kesalahan berat di seluruh negeri ini dan mereka kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Akta Pencegahan Jenayah. - BERNAMA

Tuesday, August 20, 2013

DAP Cuba Jadi WIra !!!


YANG PELIKNYA:

DAP cuba jadi wira kepada kelima2 penjenayah ini dgn cara:
1. Suruh kaum india dan ahli keluarga penjahat yg mati berhimpun dan tunjuk tak puas hati pada polis.
2. Mengajar/draf laporan polis mandakwa polis bertindak kejam.
3. Menyeru orang2 india keluar beramai2 ikut mayat penjenayah tersebut dan jadi kan mereka sebagai WIRA.
4. Menggesa ngo lain termasuk bar council/suhakam/hindraf kutuk polis.

FAKTA:
1. Yang mati tu penjenayah...so adakah ini ahli pd persatuan penjenayah terbesar di Malaysia yg sibuk2 simpati.
2. Yb rayes di penang yg ajar keluarga penjenayah buat repot polis tak puas hati. Dia ni siapa?? Ketua gengster ke 04 jugak ke or 36 or 08 india.
3. Polis lambat ambil tindakan bising tapi bila polis menyabung nyawa berbalas tembak tetiba tim menteri ketua hindraf/wakil2 rakyat Dap dan Pakatan muncul dengan gaya seorang hero utk tunjuk simpati pada penjenayah dan kata polis pula brutal.

APA NI!!!! INI MALAYSIA LA ...kita tak terima kongsi gelap di sini dan ahli politik yg dapat undi dari penjenayah dan pembunuh.

SAMA2 LA BERGANDING BAHU DGN PASUKAN KESELAMATAN JAGA NEGARA. Bukan nya bela anjing kamu untuk gigit polis dan orang malaysia tak berdosa.
AHLI POLITIK MACAM NI LA BAPAK SEGALA KEJAHATAN SEBENARNYA.

Fikir2 kan lan wahai rakyat MALAYSIA yg cinta keamanan tak kira la MELAYU/CINA/INDIA dan lain.

Bersama bantu PDRM utk menjaga keamanan kita!!!!

SUMBER

Monday, August 19, 2013

Najib Mahu Kombinasi Lama , Baru Dalam Pemilihan Umno



PUTRAJAYA 19 Ogos - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap pemilihan pucuk pimpinan Umno pada Oktober ini akan menampilkan kombinasi barisan pemimpin berpengalaman dan muka baru.

Presiden Umno itu berkata satu suasana telah diwujudkan iaitu mana-mana anggota parti bebas bertanding dengan memenuhi syarat yang ditetapkan berdasarkan perlembagaan baharu parti.

"Kita tak ada apa-apa saranan dibuat sebenarnya (pada pemilihan parti). Kita perlu (pemimpin) yang berpengalaman dalam Umno, di samping itu, kita perlu juga ada bakat-bakat baharu dalam Umno. Kalau kita sekat bakat-bakat baharu daripada muncul, maka kita akan menghadapi kesukaran nanti terutama untuk memilih calon-calon yang berwibawa bila sampai pada masanya.

"Umno adalah sebuah parti demokratik. Kita perlu ambil kira perasaan anggota-anggota parti jika parti mahukan kesinambungan dan kestabilan. Itulah pandangan anggota parti. Pada masa sama perlu ada keseimbangan antara kesinambungan dan keperluan membawa masuk bakat baharu dalam parti di semua peringkat," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas keputusan beberapa pemimpin Umno tidak bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno pada pemilihan parti Oktober ini.

Najib juga melahirkan penghargaan kepada pemimpin-pemimpin yang memberi laluan kepada orang lain untuk bertanding dan juga kepada mereka yang menawarkan diri untuk bertanding kerana mahu menyumbang kepada kepimpinan Umno di peringkat tertentu.

Antara pemimpin Umno yang memutuskan tidak bertanding jawatan MT ialah Ketua Umno Bahagian Johor Baharu, Tan Sri Shahrir Abdul Samad; Menteri Besar Perak yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.